Thank you

FACEBOOK

Friday, April 15, 2011

KRU TV Kini Boleh Ditonton Dalam Portal TONTON

Saluran KRU TV menjadi saluran baru yang menampilkan kandungan terbaik dengan gabungan pengisian yang diterbitkan secara eksklusif serta khazanah filem, konsert serta video muzik popular terbitan KRU Studios serta produk-produk edaran United Studios.

Kerjasama strategik di antara Alt Media Sdn Bhd dan KRU Media Sdn Bhd menjanjikan suatu pengalaman baru untuk pelajar Tonton.

Saluran KRU TV sudah pun boleh ditonton di Portal Tonton mulai 12 April lalu. Sekarang penonton dan pelayar web boleh menonton filem-filem popular seperti Cicakman, Magik serta drama bersiri dalam format Webisode. Walaubagaimana pun sebagai persediaan awal, KRU TV telah menyediakan beberapa rancangan hiburan sebagai ujian untuk maklum balas dari para pelayar Tonton.


KRU TV Kini Boleh Ditonton Dalam Portal TONTON

Di antaranya ialah:

KRU Paparazzi – berita hiburan dan mingguan serta temuramah bersama selebriti Malaysia dan Indonesia

KRU Jukebox – muzik popular dari semua aliran dari era 90an hingga masa kini.

KRU The Making Of – Di sebalik tabir pembikinan filem Hikayat Merong Mahawangsa, HAQ & Duyung dan video muzik Sedetik Lebih oleh Anuar Zain.

KRU 24/7 – Special Artis Mingguan dengan artis popular seperti Shahir, Bandi Amuk, Stephen Rahman dan Ummi Nazeera.

KRU Anime – Siri animasi berasaskan komik popular iaitu Cicakman.

KRU Blockbuster – Filem Duyung dan Hikayat Merong Mahawangsa.

Extravaganza – Konsert dan Persembahan Muzik.

Webisode – Drama Bersiri

No comments:

Post a Comment