Thank you

FACEBOOK

Friday, May 20, 2011

Sassy Girl (Chun-Hyang)

Sebuah drama korea berkonsepkan komedi romantik yang merangkumi percintaan, persahabatan, kejayaan dan kegagalan..


Sung Chun-hyang dari Namwon adalah seorang pelajar terpintar di sekolah, sementara Lee Myong-ryong adalah pelajar yang berperangai buruk walaupun anak kepada ketua balai polis. Pada suatu hari, sewaktu Chun-hyang sedang memanjat pagar sekolah untuk keluar bekerja, Myong-ryong ternampaknya dan mereka bertengkar. Chun-hyang tidak sengaja merosakkan telefon bimbit Myong-ryong dan lalu terjatuh ke dalam kolam. Selepas itu, Chun-hyang pula jatuh sakit dan dia pula memohon cuti dari pihak sekolah untuk berehat di rumah. Semasa Myong-ryong melawat Chun-hyang, dia terminum arak lalu tertidur di katil bersama Chun-hyang sehingga keesokan pagi.


Secara kebetulan, sewaktu bersama, suatu kejadian rompakan dengan motosikal berlaku di Namwon. Myong-ryong yang selalu berkelakuan jahat disyaki polis tetapi Chun-hyang memberitahu pihak polis bahawa semasa itu mereka sedang tidur bersama. Oleh sebab itu, Myong-ryong dibebaskan. Akan tetapi khabar angin tentang kejadian tersebut tersebar di sekolah dan menyebabkan ibu bapa mereka salah faham. Ayah Myong-ryong sangat malu dan marah lalu menyuruh Myong-ryong mengahwini Chun-hyang...

5 comments:

  1. suke sangat citer nie.. Besttt.. :))

    ReplyDelete
  2. Rindu nak tengok citer ni lagi..huhu..citer ni memang besttt =D

    ReplyDelete
  3. hehe.. mmg best.. gelak n nangis tgk citer nih

    ReplyDelete
  4. ske amat2 cite ni...tringat memori layan cite ni waktu exam tahun lepas..:P

    ReplyDelete
  5. Whoaa..
    Q suka Chon yang..!!
    Pngen nonton agy..
    ͼ⎝⋗⍜⋖⎠ͽ

    ReplyDelete