Thank you

FACEBOOK

Saturday, June 4, 2011

Imam Muda Musim Ke-2

Konsep Rancangan:
Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian  televisyen yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia.


Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian mengenai remaja lelaki Islam yang dipilih menerusi uji bakat yang dihimpunkan secara berkumpulan di sebuah asrama selama 3 bulan mempelajari dan memahami tentang hal-hal keugamaan dan kepimpinan Islam dari pemimpin ugama dan pendidik yang bertauliah dan berpengalaman.

Individu terpilih ini bakal menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan ugama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.
Kesemua Individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Setiap minggu, pelajar terbaik akan diumumkan dan 3 orang pelajar yang mendapat kedudukan terendah akan diberi tugas kemasyarakatan. Sehinggalah di minggu kesembilan, hanya 2 orang pelajar terbaik akan beraksi di pentas akhir.

Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin.
Selain itu, program Imam Muda  bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.
Menjadi pemangkin kepada kelahiran IMAM MUDA yang versatil dan relevan kepada komuniti.




 Senarai Peserta:
  • Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 (Kelantan - Guru Tarannum)
  • Mohd Azlan Zulkarnain, 25 (Kuala Lumpur - Jurutera)
  • Mujahid Suhaimi, 20 (Singapura - Pelajar)
  • Ammar Wan Harun, 27 (Kuala Lumpur - Mahasiswa)
  • Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 (Terengganu - Imam)
  • Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 (Johor - Guru Besar)
  • Mohd Hassan Adli Yahaya@Yahuza, 26 (Perak - Pensyarah)
  • Zulfadli Awang, 24 (Brunei - Pegawai Masjid)
  • Ali Khairudin Abdul Marif, 26 (Sabah - Guru Kafa)
  • Abdul Fattah Riddzwan, 21 (Negeri Sembilan - Fasilitator)

Kalendar Rancangan:








Biodata Imam Muda:


Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 thn, Beaufort, Sabah. Ali seorang yang peramah dan berjiwa seni. Bergelar seorang Guru KAFA tidak menghalang minatnya dalam muzik. Suka dengar lagu Rock. Ali adalah anak ke13 dari 17 adik beradik satu ibu dan ayah. Ali juga seorang pelukis kartun dan ‘hair stylist’ rambut lelaki.
 
Ammar Wan Harun, 27 thn, Alor Setar, Kedah. Ammar masih bergelar seorang Mahasiswa. Banyak menghabiskan masa bersama rakan di kolej dengan melakukan aktiviti bersukan. Ammar suka bermain video.  Ammar juga mempunyai keunikan mengubat mengunakkan pendekatan AURA seseorang. Seoarng yang sempoi tapi penuh dengan ilmu agama didada.
 
Mohd Azlan Zulkarnain, 25 thn, Kuala Lumpur. Biarpun masih muda anak jati KL yang juga seorang jurutera disebuah syarikat gergasi petroleum nampak matang. Lihat saja gayanya berbicara, petah dan ada isi. Jadi tidak hairanlah Azlan memberitahu bahawa dia gemar menulis blog. Pasti ramai yang ingin membaca coretan IM Azlan.
 
Fadli HJ Awang, 24 thn, Brunei Darul Salam.Fadli merupakan satu satunya calon dari Brunei.  Bertugas sebagai Pegawai Masjid, masa yang ada banyak digunakan untuk menelaah bahan bahan agama dan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu Fadli suka menonton TV.
 
Fakhrul Hassan, 27 thn, Terengganu. Fakhrul adalah seorang Imam di tempatnya. Istimewa tentang Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa. Fakhrul suka memancing dan menontong filem.  Fakhrul adalah lulusan dari Universiti Sains dan Teknoloji Yemen.
 
Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada aje topik dan lawak yang disampaikan bersuaianlah dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah sumber informasi buatnya. Tidak pernah tinggal MP3 nya.
 
Hassan Adli Yahaya, 26 thn, Air Tawar, Perak. Hassan adalah seorang Pensyarah. Di waktu lapang Hassan suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam. Hassan seorang yang pemalu tetapi selepas mengenalinya ternyata Hssan seorang yang peramah dan suka berkongsi ilmu.
 
Mujahid Suhaimi, 20 thn, Woodlands, Singapura. Mujahid anak jati kota metropolitan. Mujahid antara peserta termuda pernah beraksi dalam sukan Gimnastik dan masih menuntut.
 
Nadji Wan Mohd Noh, 20 thn, Kajang, Selangor. Anak Kelantan ini, seorang pelajar dan peserta paling muda untuk musim ini. Nadji cukup minat dengan sukan bola keranjang dan futsal. Nadji juga penyokong kuat kelab bolasepak Chelsea. Dari keluarga yang kuat ugama ayahnya seoarng guru taranum.
 
Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 thn, Segamat, Johor, merupakan seorang Guru Besar. Selain gemar berkebun, Nazrul berbakat menyanyi. Irama Nasyid menjadi pilihan. Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja. Baru mendapat cahaya mata kedua bulan lalu.













































No comments:

Post a Comment