Thank you

FACEBOOK

Wednesday, June 29, 2011

Mencari Jodoh

Pertamanya perlu kita sama-sama insafi bahawa tiada satu kuasa yang mampu menjodohkan seseorang kecuali Allah SWT.

Tiada seorang manusia yang mampu mengahwinkan manusia lain, kecuali dengan keizinan Allah SWT. Maka, perkara pertama yang perlu dibuat ialah mengekalkan doa yang sedia dan memperbanyakkan doa agar dibantu oleh Allah mempertemukan jodoh yang baik.


Sentiasa ingat, tiada usaha yang mampu menembusi takdir Allah. Hanya Allah sahaja akan memberikan jodoh dan perkahwinan apabila tiba masanya. Oleh itu, biarlah hati kita sentiasa meletakkan pergantungan penuh kepada Allah.

Keduanya, berikhtiar. Berikhtiar itu adalah sebagai bukti kita tidak putus asa dengan ujian Allah. Orang2 yang tidak berikhtiar, seolah2 dia telah putus asa dengan rahmat Allah. Ini salah ya.

Jangan putus asa, kalau cuba sekali sudah gagal. Jangan berhenti, minta orang tengah carikan lagi calon lain. Tidak semua cubaan berjaya. Jangan merasa malu atau segan. Ini adalah proses biasa, cuba dan cuba lagi sampai dapat.

Ketiganya, bentuk-bentuk usaha yang boleh dibuat.

1) Solat hajat setiap malam, selepas solat isyak. Minta Allah buka jalan untuk menemui jodoh yang baik. Amalkan setiap malam.

2) Minta orang yang ‘dipercayai’ tolong carikan pasangan. Kalau boleh, mintalah ‘bapa’ yang lelaki. Jangan minta IBU. Sebab ibu orang perempuan. Jadi, langkahnya dan kenalannya tidak luas. Jika minta bapa, mungkin kenalannya lebih luas. Jika bapa tidak mampu, mintalah ‘bapa saudara’ atau adik beradik lelaki carikan.

3) Jika ahli keluarga tidak mampu. Boleh minta tolong ‘ustazah’ yang mengenali diri kita mencarikan pasangan untuk kita. Jika ustazah juga tidak mampu, minta tolong ustaz yang kita kenal (bukan ustaz cinta). Adalah lebih baik meminta bantuan orang yang dekat dan mengenali diri kita. Agar komunikasi tidak menjadi sukar dan boleh elakkan salah faham.

4) Jika semuanya tidak berhasil, maka cuba muhasabah diri. Jauhkan maksiat dan sucikan hati dengan amalan fardhu dan sunat.

Ingat pesanan nabi SAW :

- Amanah akan mendatangkan rezeki.
- Maksiat seseorang akan menghalang rezekinya.

Kesimpulannya, jodoh adalah rezeki Allah. Jadi, cubalah kita menjauhi sebarang maksiat dan sentiasa amanah menunaikan hak-hak Allah. Pasti Allah akan memudahkan kita mendapat rezeki yang berupa jodoh. Insya Allah.

1 comment: