Thank you

FACEBOOK

Tuesday, August 16, 2011

Bella Calamidades


Drama bersiri latin dari Seanyol ini menampilkan kisah si jelita yang malang, telenovela yang mengandungi 140 episod itu akan mula ditayangkan di TV3, bsetiap Isnin sehingga Khamis, jam 3 petang bermula 19 Julai 2011. Siaran ulangan boleh tengok kat www.tonton.com.my.



 


Bella Calamidades mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang dipenuhi dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang.

Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.

Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah dia dituduh sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya. Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.

Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial. Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidup yang akan membawa kebahagiaan kepadanya.

Nasib Lola nyata berubah dengan kehadiran seorang jejaka tampan bernama Marcelo Machado (Segundo Cernadas)! Siapakah Marcelo sebenarnya dan bagaimanakah jejaka misteri ini bakal membantu menceriakan kembali kehidupan Lola, nantikan telenovela tersebut.

No comments:

Post a Comment