Thank you

FACEBOOK

Friday, April 15, 2011

Astro Prima Anjur Pertandingan Nyanyian Kilauan Emas

Kini Astro bakal melahirkan bintang di kalangan mereka yang berumur 45 tahun ke atas. Astro Prima telah memperkenalkan sebuah lagi program berbentuk pertandingan nyanyian yang diberi nama Kilauan Emas.


Dengan adanya, Kilauan Emas nanti, pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang ada bakat menyanyi akan jadi bintang. Mana tahu kan? Sudah tentu, ramai kat luar sana yang ada bakat tapi tiada platform nak tunjuk bakat. Lagi pun, pertandingan ini terbuka kepada semua orang, tak kira bangsa, tak kira agama, tak kiralah, kalau anda artis pun boleh masuk. Syaratnya, kenalah berumur dari 45 tahun ke atas.

Untuk info, Kilauan Emas yang turut mendapat kerjasama dari pihak penaja Polident ini juga akan dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Timur. Semua peserta akan berentap bagi merebut gelaran juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20ribu.

Kilauan Emas akan dihoskan oleh Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih dikenali sebagai Kak Engku. Akan mula disiarkan bermula 24 Jun 2011.

Hadiah utama untuk Kilauan Emas ini ialah wang tunai sebanyak RM20,000, tempat kedua RM15,000 dan tempat ketiga sebanyak RM10,000.

Syarat-syaratnya, dah tentu kena menjadi warganegara Malaysia yang berumur 45 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang). Para peserta juga kena pilih satu lagu untuk dipersembahkan berdasarkan senarai lagu wajib yang telah disediakan.

Sepuluh lagu wajib yang ditentukan ialah:

Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu – Ramlah Ram
Di Persimpangan Dilemma – Nora
Seri Dewi Malam – Sharifah Aini
Gerhana – Kembara
Ku Pendam Sebuah Duka – Khatijah Ibrahim
Sampaikan Salam Cintaku – Alleycats
Epilog Cinta – Sohaimi Meor Hassan
Akhirnya Kini Pasti – Anita Sarawak
Sejati – Wings
Widuri – Broery Marantika

No comments:

Post a Comment