Thank you

FACEBOOK

Friday, April 15, 2011

Slot Lagenda MATA AYER di TV3

Ikuti siri drama terbaru di slot Lagenda MATA AYER yang bersiaran mulai 11 April 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00petang. Drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Production yang diarahkan oleh Mazri Mustafa dan penulisan skrip oleh Mohd Rohizan Ramli ini menampilkan barisan pelakon yang berbakat seperti Zamarul Hisham, Sharifah Shakinah, Ayu Raudhah, Azza Elite dan Hairi Anak Wayang.



Berlatarbelakangkan sebuah kampung di Perlis, penduduk kampung masih mempercayakan perubatan secara tradisional kerana pengaruh yang kuat oleh Tok Ipin (Zamarul Hisham). Mereka selalu merujuk kepada Tok Ipin sekiranya ada masalah kesihatan ataupun gangguan makhluk halus. Tok Ipin disegani dan disanjungi di kampung tersebut.. Namun, Tok Ipin mula risau apabila kampung tersebut mula dimajukan dengan penubuhan klinik desa.



Maka, Tok Ipin telah menghebahkan kisah lagenda Mata Ayer kepada seluruh kampung supaya penduduk-penduduk kampung akan terus mempercayai kebolehannya dalam mengubati mereka dengan ilmu batin. Punca mata air yang dijumpainya dikaitkan dengan lagenda Melati yang dikhabarkan ghaib ratusan tahun dahulu di sebuah kaki bukit. Roh Melati dikatakan tidak tenteram dan masih meratapi kematian keluarganya hingga kini. Air matanya telah menghasilkan satu aliran kecil. Malah air tersebut juga dikatakan sebagai ubat mujarab dan penawar bagi segala penyakit dan gangguan makhluk halus. Hanya Tok Ipin sahaja yang diamanatkan untuk mengambil air dari mata air itu untuk perubatan tradisional... ikuti kisah berikutnya dengan menonton drama ini..

No comments:

Post a Comment