Thank you

FACEBOOK

Monday, April 18, 2011

You're Beautiful




Salam all,
Hari nih rasa rajin plus ader masa nak menulis.. nak share citer korea yang saya dah tengok in my favorite list! ^.^.. haa, tajuk drama tuh You're Beautiful.. atau bahasa koreanya 'Minami Shineyo'.. kategori drama ini ~ romantic + comedy.. Jom kita tengok sinopsis cerita ini..



PELAKON

Park Shin Hye - sebagai Go Mi Nyu/ Go Ni Nam
Jang Geun Suk - Hwang Tae Kyung
Jung Yong Hwa - Kang Shin Woo
Lee Hong Ki - Jeremy
UEE - Yoo Hee Yi
Kim In Kwon - manager Ma ( manager Mi Nam)

SINOPSIS

Kat korea de satu group/boy band yg kire glemer cam SMAP, KAT TUN, FT ISLAND.. (saper minat korea/jepun, mungkin tau..).. kira menjadi idaman gadis2 remaja la kat sana.. group nih namanya A.N.JELL, ade 3 orang lelaki.. Band nih kiranya nak mencari ahli ke4, disebabkan suara penyanyi utama ade sedikit masalah.. ke3-3 mereka setuju, cuma bagi penyanyi utama, kalau  tak cukup bagus, lebih baik tak payah.. Lagi kebanyakan lagu kononnya ditulis oleh penyanyi utama itu (pelakon utama la nih), so logik la dia cukup memilih mencari penyanyi lain utk nyanyikan lagu dia... Presiden Ahn (bagi fan group nih) meminta khidmat Pengurus Ma bagi mendapatkan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik, Go Mi Nam. Go Mi Nam kebetulan masa tu de masalah kesihatan. Pengurus Ma mencari adik kembar Mi Nam (yang sebijik macam dia - sebab org yang sama), nama Go Mi Nyu.. Mi Nyu sebenarnya tgh belajar untuk jadi sister kat gereja.

Bila dah jumpe Mi Nyu, Pengurus Ma merayu agar adik kembar nih berlakon jadi abangnye.. mula2 untuk sign aggreement sajer, tapi alih2 kena plak buat show, jadik model etc la.. pulak kena kongsi rumah dgn bebudak group tu.. Disebabkan demi abangnya, si adik kembar ni pun buatlah.. Juga utk mencari siapa ibu mereka (mak ayah dorang dah tade..)

Macam2 perkara terjadi semasa Mi Nyu berlakon jadik abang die nih.. termasuklah 'terjatuh' cinta dengan penyanyi utama Hwang Tae Kyung. Tae Kyung pun suke si Mi Nyu nih, (die dah tau rahsia Mi Nyu, tapi entah kenapa die ikutkan jer rancangan pengurus & Mi Nyu nih - mungkin 1, sebab nak tlg Mi Nyu carik mak die, lagi 1 sebab dah suke..). Bebeudak lagi 2 org tu pun suke, sorang Kang Shin Woo (sgt cool wataknya) memang dah tau Mi Nyu nih pompuan, juga merahsiakan dari org lain.. sorang lagi Jeremy (watak kelakar, tapi suara sedap..), yang nih tak tau tapi minat si Mi Nyu nih.. kononnya die pasrah dia gay walaupun dia tau  tak patut.. kehkeh

Juga turut berlakon UEE sebagai Yoo Hee Yi, yang suker kat Tae Kyung (tapi tak dilayan), juga pelakon/model kesukaan ramai, yang digelar Tae Kyung sebagai 'fake fairy' - sebab die suker berlakon tipu.. Yoo Hee tau juge rahsia Mi Nyu nih, tapi terpaksa rahsiakan atas permintaan Tae Kyung, kalau tak, Tae Kyung tak mau pura2 bercinta dgn die..

Last2 semua ahli group tau, tapi rahsia disimpan dari peminat. Mi Nam yang sebenar-benarnya juga kembali ke korea, jadi pertukaran dilakukan dengan sebaik mungkin. Selepas itu, confession hati & perasaan yang menamatkan cerita..

KOMEN
  1. Ahli group nih kelihatan jambu la, tapi kalau kat korea/jepun, itu perkara biasa..
  2. Shin Woo sgt cool, & Jeremy sgt ceria & kelakar, menaikkan semangat nak tgk.. episod gelagat si Jeremy..haa, gelagat Pengurus Ma juga kelakar..
  3. Ade part2 yang sangat comel antara Mi Nyu, Tae Kyung, Jeremy & Shin Woo.. episod kat mart di tengah2 malam..
  4. Lagu yang sangat menarik hati..
  5. Sedikit tak syok bila tiada part bersama antara Mi Nam & Mi Nyu - sangat menunjukkan dorang nih org yang sama..
  6. Sangat terserlah keayuan Mi Nyu sebagai lelaki- pelik gak nape org tak perasan die pompuan..
KESIMPULAN


Citer nih best, ade gembira, sedih, ceria, ,macam2 la.. cam citer hanazakari no kimi tachi (dikenali hanakimi), syok dilayan, boleh disyorkan kepada orang yang suker citer korea, juga org yang ade mase free.. heheee.. tapi ade a few yang masih boleh diperbaiki..i would give 8/10 stars! ape pun.. jom layan...

p/s: nih bukan review dah, cam jalan citer sebijik-bijik.. tul la sinopsis kot..
selamat menonton..

1 comment:

  1. tengah dok tengok.. ada lagi 3 episode nak habis.
    cerita nie best :) paling suka shin woo (^^,)

    ReplyDelete