Thank you

FACEBOOK

Wednesday, June 8, 2011

Bagaimana Memilih Perabot Eksterior?


Perabot untuk luar kediaman yang berada di pasaran kini bukan sahaja memenuhi fungsi praktikal, tetapi kaya nilai estetika. Kepelbagaian jenis material dan reka bentuknya juga akan mencipta ragam pada ruang luar kediaman anda.


Bagaimanapun memilih perabot untuk kegunaan luar ini memerlukan anda mempunyai sedikit pengetahuan agar tidak tersalah membuat pilihan.

  • Pastikan perabot yang anda pilih mempunyai ketahanan terhadap suhu yang tinggi dan perubahan cuaca hujan dan lembap.
  • Rujuklah ruang interior anda. Jika ruang interior mengaplikasi konsep Inggeris, ruang luar juga perlu selari agar impak penataan dan mood yang terhasil lebih berkesan.
  • Ia seharusnya menepati gaya hidup anda. Jika anda dari kategori sibuk dan tidak mempunyai banyak masa di rumah, pilih perabot yang tidak memerlukan selenggaraan tinggi dan mudah dikendali.
  • Elakkan perabot berupholsteri jika anda sibuk dan letakannya nanti terdedah kepada air.
  • Jika perabot pilihan anda diperbuat daripada kayu, pastikan ia dikhaskan untuk kegunaan luar rumah dan material kayu yang digunakan telah dirawat terlebih dahulu.
  • Sekiranya ruang halaman anda kecil saiznya, pilih perabot yang juga bersaiz kecil dan senang disimpan apabila tidak digunakan.

No comments:

Post a Comment