Thank you

FACEBOOK

Wednesday, June 8, 2011

Jadilah Pendengar Yang Setia

Sememangnya sudah menjadi tabiat setiap orang yang lebih suka bercerita tentang diri sendiri daripada mendengar. Namun kalau hanya kamu sahaja yang bercerita tanpa memberi peluang pada orang lain bercerita pasti suasana akan jadi hambar. 

Malah untuk orang jadikan kamu sebagai kawan pun pasti akan difikirkan dua tiga kali. Oleh itu, belajarlah untuk jadi pendengar yang setia. Bagaimana caranya? Jom semak...:

1) Apabila orang bercerita tentang apa jua masalah janganlah kamu jadi seperti batu, berilah respons dengan apa yang dikatakannya. Paling tidak pun anggukkan kepala dan sebagainya.

2) Berikan perhatian penuh ketika mendengar katakatanya dan jangan sesekali menyampuk.

3) Lebih baik lagi kalau ditanyakan beberapa soalan menunjukkan minat kamu dengan apa yang dikatakannya.

4) Setelah hubungan kamu dengannya bertambah rapat barulah sedikit demi sedikit kamu ceritakan masalah yang dihadapi. Tetapi jangan sampai membebankan. Jadikannya sebagai tempat kamu berkongsi masalah bukan sebagai tempat kamu bergantung.

5) Cara terbaik untuk kamu berikan respons adalah kamu boleh katakan padanya kamu setuju dengannya dan caranya sungguh bijak. Pujian haruslah dinyatakan dengan ikhlas dan tidak perlulah memaksa diri memuji. Yang benar katakan sahaja. Jangan terlalu sombong dan ego untuk meluahkannya. Dengan cara ini, ia boleh membuatkan orang yang berinteraksi denganmu berasa bangga dan selesa bersama kamu.

No comments:

Post a Comment