Thank you

FACEBOOK

Thursday, June 9, 2011

Kenapa Dia Tinggalkan Kamu?

Rizal terkial-kial melihat Nadia melangkah pergi begitu saja setelah mengucapkan “Selamat tinggal..dan please, jangan cari I lagi...”. “Apa salah aku?” Detik Rizal dalam hati. “Mahu dipanggil atau dikejar, serasa macamlah aku ni kemaruk sangat cinta dia (ego lah pulak) tapi... memang pun... aku tak boleh berpisah dengan dia (cinta gila sebenarnya). Aku tak dapat hidup tanpa dia... tapi apa salah aku (bingung, keliru)?”
 
Begitulah kisah Rizal yang ditinggalkan oleh Nadia, kekasih hati yang menyulam cinta bersamanya lebih tiga tahun. Yang paling menyakitkan hati, Nadia langsung tidak terangkan apa salahnya. Kata Nadia, dia sudah berkali-kali cakap sebelum ini, tapi Rizal yang tidak ingat dan tidak mahu berubah. Mungkin anda juga pernah mengalami situasi begini. Mahu tahu kenapa anda ditinggalkan? Teruskan bacaan anda, mungkin lain kali anda tahu apa yang perlu dilakukan supaya tidak ditinggalkan lagi.

1. Balas Dendam
Sekiranya anda pernah mengkhianati cintanya, dia juga tidak teragak-agak untuk membalasnya. Malah, jangan terperanjat dia mungkin lebih hebat daripada anda. Walaupun anda sudah tahu perbuatannya itu, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Setiap wanita mempunyai cara tersendiri untuk membalas dendam pada kekasih yang pernah menyakitinya. Tapi jangan salah faham. Bukan semua wanita mempunyai naluri pendendam begini. Jika anda mempunyai kekasih yang amat baik hati dan redha dengan apa yang pernah anda lakukan padanya, anda bertuah. Tapi ingat, wanita begini juga ada had kesabarannya bro. Sekali dia hilang sabar, anda akan senasib dengan kes Rizal di atas.
Wanita sememangnya mahu dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup anda dan bukannya berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali anda menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup anda.

2. Kekerasan
Kes penderaan yang acap kali dipaparkan dalam media massa, 90 peratus mangsanya adalah wanita dan kanak-kanak. Pelakunya juga majoriti daripada kalangan kaum lelaki. Kenapa segelintir lelaki suka membelasah wanita? Sudah tidak ada jalan lainkah untuk memberi pengajaran kepada wanita? Jangan tidak tahu, kini ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya menjaga diri sendiri dan diri mereka yang patut dihargai. Dalam kes penderaan, wanita sudah berani untuk bersikap tegas jika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila anda mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan anda tanpa sebait ayat pun. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

3. Tidak Peka
Perkara ini sudah terlalu kerap ditimbulkan dan diingatkan. Namun masih ramai lelaki yang memandangnya enteng. Buat yang ke sejuta kalinya, wanita amat pentingkan tarikh-tarikh istimewa dalam hidup mereka. Sama ada yang berkaitan diri sendiri atau yang berkaitan dengan anda berdua. Mengingatkan tarikh penting ini mungkin perkara remeh bagi anda tetapi tidak pada wanita. Misalnya, hari lahirnya, hari ulang tahun pertemuan anda berdua dan hal-hal istimewa lainnya. Bukankah dia tidak pernah lupa untuk memberi hadiah setiap hari lahir anda? Jadi, apa salahnya buat peringatan dalam telefon bimbit anda yang canggih itu tentang hari-hari istimewa dirinya dan anda berdua. Bukankah selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya. Sekiranya, anda memang tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk anda dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat atau sayonara.

No comments:

Post a Comment