‘Happiness is in your hand’. Itu prinsip dasarnya.Semuanya bergantung pada cara kamu berfikir. Andai kamu percaya kebahagiaan itu mampu untuk dicapai maka percayalah dengan sendirinya hidup pasti akan lebih bahagia. Namun andai kamu berfikir sebaliknya, secara tidak langsung hidup kamu akan terus suram dan terasa dirundung dengan pelbagai masalah. Oleh itu, sekiranya kamu inginkan hidup lebih bahagia, ubahlah cara dan gaya pemikiran kamu mulai dari sekarang. Semak perkara berikut, ia mungkin boleh membantu kamu...
Senyum
Mungkin sudah berjuta-juta kali kamu mendengarnya tetapi inilah penawar paling mujarab untuk kamu sentiasa rasa bahagia. Oleh itu, rajin-rajinlah melemparkan senyuman. Percayalah dengan senyuman kamu mampu mengubah banyak perkara termasuklah membuat sebuah suasana yang sunyi sepi menjadi ceria. Jangan hanya senyum pada orang yang kamu kenali sahaja, lemparkan juga senyuman pada orang yang kamu tidak kenali. Kamu akan rasa begitu bahagia apabila senyuman kamu dibalas dengan senyuman juga. ‘You Are Beautiful, No Matter What They Say’ Cantik itu hanya satu konsep dan ia bergantung kepada cara kita berfikir. Oleh tu, sentiasa percaya, diri kamu juga dikategorikan dalam golongan yang cantik. Dengan itu secara tidak langsung orang lain juga akan melihat kamu cantik. Namun sekiranya kamu merasakan dirimu kurang cantik maka di mata orang lain akan memandang kamu dengan pandangan yang sama. Tidak pasti kenapa, namun mungkin ini yang dikatakan aura....
Buka Mata, Buka Telinga
Cubalah bergaul dan bercampur dengan orang dari pelbagai peringkat dan umur. Lebih banyak kamu bergaul, lebih baik. Kamu bukan sahaja boleh melihat malah mendengar pengalaman orang lain. Secara tidak langsung kamu akan jadi sedar bahawasanya bukan kamu seorang sahaja yang susah di dunia ini malah ada orang yang lebih susah dan merana daripada kamu. Jadi bersyukurlah dengan hidup kamu.. Luahkan Segala Yang Terpendam Luahkan sahaja apa yang ada di dalam hatimu. Sekiranya dibiarkan ia bersarang,lama kelamaan apabila sudah tidak tahan akibatnya akan meletup dan sukar untuk dikawal lagi. Daripada kamu jadi tidak terkawal, mengamuk tidak tentu pasal lebih baik kamu belajar untuk berterus terang dan meluahkan sikit demi sikit. Hidup akan rasa begitu bahagia apabila kamu sedar bahawa susah atau senang kamu sentiasa ada orang di sisi menemani.
Lihat Sekeliling
Luangkan waktu untuk menikmati pemandangan sekitar kamu 15 minit sehari. Memandang ke langit, mendengar suara burung atau melihat tingkah laku binatang mampu menjadi terapi yang sangat menenangkan. Di samping itu, kamu juga akan sedar betapa kecilnya kamu di tengah alam semesta ini dan bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk terus hidup. Bahagiakan begitu?
Cuba Perkara Yang Baharu
Kebosanan adalah salah satu alasan mengapa kamu tidak berasa ‘happy’ dengan hidupmu. Oleh itu, untuk memastikan kamu tidak bosan dengan hidupmu cubalah melakukan hal-hal yang baru dan tidak pernah kamu lakukan. Kebiasaannya kamu akan rasa teruja apabila berpeluang untuk melakukan sesuatu yang baru. Barulah hidup kamu akan gembira sekiranya hidupmu sentiasa ada pembaharuan..
No comments:
Post a Comment